Followers

Wednesday, August 21, 2013

Kisah Ikan Paus


Sinopsis : Ikan paus merupakan seekor haiwan yang sangat besar. Ikan paus sangat suka makan ikan-ikan yang kecil. Ikan-ikan lain sangat takut untuk mendekati paus.Haiwan lain memikirkan bagaimana hendak mengelakkan diri mereka daripada dimakan oleh ikan paus.

seekor ikan kecil mendekati paus dan memberitahu bahawa daging manusia jauh lebih sedap daripada daging ikan-ikan yang ada di dalam laut ini. Mendengar kata-kata ikan kecil itu, paus pun pergi menghampiran daratan dan berjaya menemui manusia. Paus pun membuka mulut dan menelan manusia berkenaan.

Ketika manusia berada di dalam perut ikan paus, manusia berkenaan menyucuk-nyucuk perut ikan paus sehingga menyebabkan ikan paus kesakitan. ikan paus pun meminta manusia berkenaan untuk keluar dari perutnya.

Sejak dari itu, ikan paus tidak lagi makan manusia dan hanya makan ikan-ikan kecil sahaja..



No comments:

Post a Comment